Thursday, April 22, 2021

Karangan Umum: 03 Surat Kiriman Tidak Rasmi - C

C. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

Seorang sahabat anda dari brunei menulis surat kepada anda untuk mengetahui tempat-tempat yang menarik di negeri anda. Balas surat sahabat anda itu selengkapnya.   

 

Ke hadapan sahabat yang selalu diingati,saudari Dayang Huriah Awang Hadi yang kini berada di brunei Darussalam semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya di sini alhamdulillah sihat seperti biasa.

 

Sahabatku,

 

             Terlebih Dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian saudari bercerita kepada saya tentang tempat-tempat yang menarik di Brunai Darusslam. Teringin sekali hati saya untuk mengunjungi negara saudari pada suatu hari nanti. Saya tidak keberatan untuk menceritakan keindahan di negeri saya pula. Dengan cerita saya ini, saya harap suatu hari nanti saudari akan terbang ke mari untuk mengunjungi Selangor Darul Ehsan.

 

            Untuk pengetahuan Saudari Dayang huriah,negeri saya,Selangor Darul Ehsan merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Walaupun menjadi pusat tumpuan untuk perkembangan sektor perindustrian, negeri saya masih mengekalkan keindahan alam semulajadinya. Malahan banyak tempat di selangor yang menjadi tumpuan para pelancong asing.

 

Sahabatku yang diingati,

 

            Antara tempat menarik dan perlu dilawati di sini ialah di daerah saya sendiri iaitu di tanjung karang.Untuk pengetahuan saudari,Tanjung Karang merupakan 'periuk nasi' bagi negeri ini dan di sinilah terletaknya sawah-sawah padi yang begitu luas. Pemandangannya amat indah di kiri kanan jalan raya,terutama apabila menjelang musim menuai.Padi di sini di tuai lima kali dalam masa dua tahun.Walaupun kini semua kerja dilakukan dengan menggunakan jentera,namun sawah padi yang menguning menjadi begitu indah.

 

            Selain itu kebanyakan pelancong ke selangor sering mengujung Bukit melawati iaitu satu tempat bersejarah bukit ini adalah tempat orang Belanda berkubu sewaktu menguasai Selangor pada abad ke-17 dahulu.Sehingga kini masih ada kesan-kesan kubu seperti meriam dan menara kawalan.Di samping itu juga,dari bukit ini kita boleh menyaksikan pemandangan yang indah iaitu pertemuan antara Selat Melaka dengan muara sungai Selangor.

 

Dayang Huraiah sahabatku

 

            Berhampiran Bukit Melawati ini terletak Rimba Alam. Di sinilah tempat para pencinta alam semulajadi untuk melihat segala panorama hutan yang ditutupi segala tumbuh-tumbahan asli dan juga binantang-binantang liar serta burung-burung.Adalah dikenal pasti bahawa di rimba inilah burung-burung dari Jepun dan China singgah dalam Perjalanan ke selatan iaitu ke Australia. Terdapat tempat-tempat khas yang disediakan untuk para pelancong Menyaksikan burung-burung liar bermain dan bertelur Di samping itu,di tempat ini juga terdapat pelbagai jenis kera dan monyet daripada yang jinak sehinggalah yang liar.

 

Sahabatku,

 

            Kebanyakan orang beraggapan bahawa kalau seseorang itu ke selangor maka tidaklah sah lawatan mereka itu kalau tidak mengunjungi Taman Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam dan juga masjid negeri. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat utama tarikan pelancong ke Selangor. Taman Bukit cahaya merupakan sebuah taman yang dibina untuk mengekalkan alam semula jadi yang menjadi tempat riadah para penghuni kota.Disebabkan Kedudukannya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tempat ini menjadi tumpuan apabila tiba hujung minggu. Pemandangan yang indah dan semulajadi didapati di sini. Para Pengunjung taman ini boleh membuat perkhemahan di sini dan saya pernah berbuat demikian bersama teman-teman sekelas.

 

            Dari Taman Bukit Cahaya ini kita boleh melihat menara masjid yang biru dan gagah.Itulah menara masjid Negeri Selangor yang dianggap masjid yang terbesar di Asia. Masjid yang berwarna biru ini begitu besar dan boleh memuatkan lebih 15 000 orang jemaah.Kebanyakan pelancong asing, termasuk yang bukan islam akan mengunjungi masjid ini apabila mereka datang ke Taman Bukit Cahaya.

 

Saudari Dayang Huriah yang dihormati,

 

            Nampaknya sudah agak panjang cerita saya ini walaupun sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Selangor ini. Nantilah Dalam Kesempatan yang lain saya akan bercerita tempat-tempat yang lain pula. Sebelum mengundur diri,saya meminta maaf seandainya terdapat kekasaran bahasa dalam surat ini. Semoga kita bersua kembali di lembaran yang lain. Sekian ,terima kasih.


Karangan Umum: 03 Surat Kiriman Tidak Rasmi - B

B. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

Anda telah berpindah ke sekolah lain kerana mengikut keluarga. Anda ingin menceritakan suasana di sekolah baru kepada rakan anda di sekolah lama. Tuliskan surat anda itu selengkapnya.

 

Kehadapan yang diingati,sahabatku Saudari Agnes Tan yang kini belajar di sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam dengan selamatnya. Saya berharap saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat Sejahtera untuk membolehkan suadari belajar dengan sempurna.Maklumlah peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Bagi diri saya di sini, nampaknya sihat seperti biasa, setelah dapat menyesuaikan diri dengan teman-teman baru.

 

Bagaimana dengan sahabat-sahabat yang lain? Saya sentiasa berharap mereka semua sihat dan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh. Sejak Agnes dan sahabat lain saya tinggalkan dua minggu lalu untuk ke Petaling Jaya, rindu saya begitu mendalam kepada kalian.Mujurlah ada gambar kelas yang kita ambil pada hari terakhir itu, dapatlah saya menghilangkan rindu.

 

Pada mulanya agak kekok juga saya di sekolah baru ini.Untuk pengetahuan Saudari Agnes, Sekolah Seri Aman ini Khusus untuk Perempuan.Sekolah ini Terletak di Pertaling Jaya, lebih kurang lapan kilometer dari Kuala Lumpur. Berbanding dengan Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Pelajar amat ramai di sini.Kalau di sana hanya ada dua kelas untuk tingkatan lima, di sini ada sepuluh kelas.Maknanya jumlah pelajar tingkatan lima sahaja ada lebih kurang empat ratus.

 

Sahabatku Agnes,

 

Kalau Agnes nak tahu, dispilin begitu ketat di sini. Dari segi pakaian, masa datang dan balik sekolah,hinggalah kepada tingkah laku di dalam kelas,semuanya telah ditetapkan. Apabila saya mendaftar masuk ke sekolah ini sahaja, saya di berikan senarai peraturan yang mesti dipatuhi.Kalau seseorang pelajar itu didapati melanggar disiplin sekolah (seperti tidak memakai lencana atau tanda nama) dia akan dikenakan denda sebanyak 50sen.Kalau ia melakukan kesalahan lebih tiga kali,akan dipanggil untuk berjumpa pengetua. Pendek kata, kami di sini tidaklah sebebas seperti sewaktu belajar di sekolah dahulu. Tetapi saya rasa ada baiknya disiplin ketat macam ini, tidaklah timbul banyak masalah.

 

Selaian itu saudari, kegiatan ko-kurikulum juga dikawal dengan ketat di sini. Setiap pelajar diberi kad persatuan dan ia mesti menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya satu persatuan.Kad itu harus di bawa apabila mengikut aktiviti perstuan dan guru persatuan akan menanda-tangani kad tersebut. Jika kad pelajar tidak menpunyai tandatangan guru persatuan,sudah pasti dia akan dikenakan tindakan disiplin oleh pengetua. Mujurlah saya sememangnya seorang yang aktif,jadi tidaklah menghadapi masalah di sini.

 

Agnes yang di hormati,

 

Sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan bandar, sudah tentu sekolah baru saya ini mempunyai kemudahan yang lebih lengkap daripada sekolah dahulu.Di sini kami sediakan perpustakaan yang besar dan buku-buku yang sentiasa kemaskini, di samping komputer yang banyak jumlahnya untuk kemudahan para pelajar.Untuk bersukan pula, kami sediakan gimnasium.Kemudahan lain seperti bilik study, belajar bahasa asing selain inggeris dan sebagainya yang tidak ada di sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, disediakan di sini.Sebab itulah agaknya pretasi agak tinggi dalam peperiksaan di sekolah ini.

 

Walaupun begitu Saudari Agnes, tidaklah sekolah ini mempuna banyak kelebihan berbanding sekolah kita dahulu. Ada juga kekurangnya. Disebabkan jumlah pelajarnya yang terlalu ramai, hubungan peribadi mereka tidaklah mesra dengan guru-guru.Guru nampaknya hanya mengajar sahaja dan kita tidak mempunyai hubungan yang mesra.Ini sudah tentu berbeza dengan di sabak bernam. Guru-guru di sana mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar dan kita pun tidak segan untuk mengemukakan masalah kepada mereka.

 

            Selaian itu sahabatku, harga makanan amatlah mahal di kantin sekolah ini jika dibandingkan dengan di sekolah kita dahulu.Kalau di sabak bernam dulu ayah saya memberikan saya RM1 sehari sebagai belanja tetepi di sini jumlah itu sudah pasti tidak cukup. Untuk makan nasi lemak sahaja, di sini harganya RM1, sedangkan di sana cuma 50sen. Ayah saya terpaksa menambahkan wang belanja saya di sini sebnayak 50 peratus.

 

Sahabatku yang diingati,

 

Nampaknya sudaj agak panjang coretan saya ini,nanti tergangu pula jadual belajar saudari. Biarlah saya berhenti dahulu, nanti kalau ada kesempatan yang lain saya akan bercerita lebuh lanjut lagi. Sehingga bertemu kembali, sambutlah salam persahabatan daripada saya saudari dan teman-teman lain.

 

Sekian,terima kasih.

Karangan Umum: 03 Surat Kiriman Tidak Rasmi - A

A. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 hingga 500patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

 

Domain Peribadi


Berdasarkan petikan di atas, sememangnya seseorang ketua kelas akan memikul tanggungjawab yang besar di dalam sesebuah kelas. Andaikan anda baru dilantik menjadi ketua kelas sekolah.

 

Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda untuk berkongsi dengannya tugas dan peranan ketua kelas di sesebuah sekolah.

 

berkelakuan

melayangkan

disiapkan

kegembiraan

meletihkan

maaf

usaha

bertanggungjawab

harmonis

mengambil

impian

melanggar

melatih

buku latihan

selaku

melaporkan

masalah

berkemahiran

menghentikan

dianggap

 

 

                                                                                                   11, Jalan Perak,

                                                                                                   Taman Berjaya,

                                                                                                   11000 Air Itam,

                                                                                                    Pulau Pinang.

                                                                                                    10 Januari 2018.

 

Menemui sahabatku Min Tang yang kini berada di China, semoga sihat sejahtera selalunya.

 

Saudara,

 

            Apa khabar saudara? Saya di Malaysia sihat-sihat sahaja, diharap pihak saudara lebih-lebih lagi hendaknya. Tujuan saya 1melayangkan warkah ini adalah untuk berkongsi 2kegembiraan saya dengan saudara tentang tugas dan peranan saya selepas dilantik sebagai ketua kelas. Saya telah menerima surat saudara satu minggu lalu, saya memohon 3maaf kerana lambat membalas surat saudara kerana kesibukan saya dengan program Kem Kepimpinan Ketua Tingkatan yang dijalankan di sekolah pada belakangan ini. Terlebih dahulu, saya juga ingin merakamkan tahniah kepada saudara kerana berjaya dilantik sebagai ketua pengawas di sekolah awak.

 

            Saya ingin berkongsi dengan saudara tentang tugas dan peranan saya sebagai seorang ketua tingkatan. Sebagai seorang ketua tingkatan, saya adalah 4bertanggungjawab untuk membantu guru tingkatan 5mengambil kedatangan para murid setiap hari. Walaupun saya diwajibkan mengawal disiplin dalam kelas, namun bukan semua murid mempunyai masalah disiplin dan 6melanggar peraturan-peraturan sekolah. Malahan, sering terdapat sebahagian kecil pelajar yang asyik kerap ponteng sekolah, bergaduh, vandalisme, dan membuli pelajar-pelajar lain. Dalam keadaan sebegini, saya akan terpaksa mengambil tindakan disiplin terhadap sesiapa yang telah berlaku salah untuk memastikan keselamatan setiap pelajar terjamin.

 

          Selain itu, saya juga perlu membantu guru mengutip 7buku latihan murid-murid dan membuat catatan murid yang tidak hantar setiap hari. Tugas ini amat meletihkan kerana saya juga perlu 8melaporkan kepada guru tingkatan saya sebab-sebab pelajar tidak dapat menghantar tugas kerja mereka. Sebagai seorang ketua tingkatan, saya juga perlu membantu guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Misalnya, saya membantu guru membersihkan papan hitam semasa guru sedang mengajar. Saya juga perlu membantu pelajar-pelajar yang kurang faham tentang apa yang diajar oleh guru dan menyemak kerja sekolah mereka jika diperlukan. Hal ini telah menjadikan saya lebih 9berkemahiran dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan saya.

 

           Tambahan pula, saya turut diminta untuk menunjukkan teladan yang baik kepada murid sekolah. Hal ini demikian kerana saya selaku ketua tingkatan adalah sentiasa 10dianggap sebagai "role model" dalam sekolah. Dengan ini, saya perlu selalu 11berkelakuan baik seperti datang awal ke sekolah selain memastikan semua kerja sekolah 12disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Selanjutnya, saya juga berusaha agar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Saya juga sentiasa membantu guru dan mendengar nasihat yang diberikan di sekolah. Walaupun hal-hal sebegini amat 13meletihkan, saya berasa bangga kerana mampu menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

 

           Untuk pengetahuan saudara, peranan seseorang ketua tingkatan juga melibatkan 14usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang aman dan 15harmonis dan memastikan keadaan disiplin dalam kelas akan terkawal. Seseungguhnya, hasrat untuk menjadi seorang ketua tingkatan merupakan 16impian saya sejak kecil lagi. Saya amat berharap 17selaku ketua tingkatan saya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif supaya sekolah dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

 

          Saya berharap saudara dapat menjadi seorang ketua pengawas yang bertanggungjawab selain 18melatih diri menjadi pemimpin pada masa akan datang dan mampu menyelesaikan sebarang 19masalah dengan bijaksana. Semoga kita bertemu lagi di lembaran yang lain. Sebelum saya 20menghentikan tarian pena, sambutlah salam manis daripada saya. Sekian, selamat tinggal. 

                                                                                                                                                          Sahabatmu,

     WEI  

(426 perkataan) 



Thursday, April 1, 2021

Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Tingkatan 4

 



Ciri-ciri pelajar cemerlang

T ema/Isu : Pelajar yang cemerlang Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada Format karangan : Ceramah   Rangka...