Latihan 01 Baca
petikan di bawah dengan teliti. (KBAT)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
tujuan Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan dan kesan-kesannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
1.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama
tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada
mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia
atau berumur 17 tahun ke atas. Pengenalan program ini mendapat reaksi dan
pandangan pelbagai daripada seluruh ahli masyarakat. Pelbagai pendapat pro dan
kontra dikemukakan. Oleh hal yang demikian, semua pihak dan anggota masyarakat
tidak patut menutup mata dan memekak telinga agar dapat mengupas segala faedah
yang terdapat dalam program ini.
Sebenarnya, PLKN bukanlah program kerahan bercorak
ketenteraan seperti yang dijalankan di negara-negara lain. Latihan ketenteraan
dan aktiviti ekstrem yang dijalankan dalam program ini tidak bertujuan untuk
mendera para peserta, tetapi lebih berperanan untuk membentuk disiplin dan
ketahanan diri mereka.
PLKN merupakan program latihan untuk membangkit
semangat patriotisme dalam kalangan muda-mudi. Remaja perlu diasuh supaya
menghayati sifat sayang dan cinta akan tanah air. Malah, mereka bersedia untuk
mempertahankan negara sekiranya negara Malaysia diancam oleh pihak luar. PLKN
juga memainkan peranan untuk menyemai semangat perpaduan yang erat dan memupuk
integrasi sosial yang lebih jitu dalam jiwa kalangan generasi muda pelbagai
kaum. Akibatnya akan menjamin kesinambungan kehidupan harmoni masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
Bukan itu sahaja, dengan adanya kempen ini pelajar
lepasan sekolah dan remaja dapat dihindarkan daripada membazir masa dengan
terbabit dalam aktiviti yang tidak berfaedah. PLKN juga dapat menangani
sebahagian daripada masalah keruntuhan akhlak generasi muda pada masa ini dan
membuka era baharu bagi lepasan SPM untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum
mereka melibatkan diri dalam realiti kehidupan masyarakat. Pendedahan ini
berupaya untuk melahirkan remaja yang berjiwa besar dan matang.
Selain mendapat kenalan baharu, para peserta juga
dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat ketika
melakukan aktiviti khidmat sosial. Remaja turut dilatih dan diajar dengan
berbagai-bagai aspek kepemimpinan dan kemahiran hidup. Hal ini demikian adalah
untuk melatih kalangan remaja hari ini agar melahirkan pemimpin masyarakat
mahupun negara pada masa akan datang.
Intihanya, semua pihak khususnya pihak ibu bapa perlu
berfikiran positif ketika anak mereka terpilih untuk menyertai PLKN dan
memberikan sokongan yang padu kepada anak mereka. Hal ini kerana impak
positifnya telah terbukti apabila
majoriti pelatih yang telah tamat menjalani latihan telah menunjukkan perubahan
diri yang ketara, lebih menghormati
keluarga dan sentiasa berfikiran positif.
(Dipetik dan diubah suai daripada “PLKN Pupuk Disiplin dan Semangat
Patriotisme” Oleh Saharom Abd Aziz, Dewan Siswa, Sep 2006)
Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan
faktor-faktor/sebab-sebab/punca-punca Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
dilaksanakan di negara kita.
Rumusan membincangkan
faktor-faktor/sebab-sebab/punca-punca Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) dilaksanakan dan kesan-kesannya.
Isi tersurat
1.
Bertujuan untuk membentuk
disiplin dan ketahanan diri remaja.
2.
PLKN merupakan program latihan
untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
3.
Mereka bersedia untuk
mempertahankan negara sekiranya diancam oleh pihak luar.
4.
PLKN juga berperanan untuk
mewujudkan perpaduan yang erat dan memupuk integrasi sosial yang lebih jitu
dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum.
5.
Murid lepasan sekolah dan
remaja dapat dihindarkan daripada membuang masa.
6.
PLKN dapat menyelesaikan
sebahagian daripada masalah keruntuhan akhlak.
7.
Membuka era baharu bagi
lepasan SPM untuk menimba ilmu dan pengalaman.
8.
Melahirkan remaja yang berjiwa
besar dan matang.
9.
Mendapat kenalan baharu.
10.
Berinteraksi dan berkomunikasi
dengan pelbagai lapisan masyarakat ketika melaksanakan aktiviti khidmat sosial.
Isi tersirat
1.
Melahirkan remaja yang tinggi
jati dirinya.
2.
Membentuk keyakinan diri yang
tinggi.
3.
Generasi pelapis yang kental
semangat juangnya.
Penutup/Kesimpulan
Semua pihak hendaklah menyokong pelaksanaan PLKN agar
bakal pemimpin negara kita dapat dibentuk mengikut kehendak yang betul.
|
Petikan membincangkan sebab-sebab Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan di negara kita.
Tujuannya Program Latihan Khidmat
Negara dilaksanakan ialah PLKN dapat membentuk disiplin dan ketahanan diri
remaja di samping menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
Seterusnya, PLKN dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah keruntuhan
akhlak. PLKN juga bermatlamat melahirkan remaja yang berjiwa besar dan matang
sekali gus mewujudkan perpaduan yang erat dan memupuk integrasi sosial yang
lebih jitu dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum. Seperkara lagi,
peserta PLKN juga dapat mengenali kawan yang baharu.
Antara kesannya ialah dapat
melahirkan remaja yang tinggi jati dirinya dalam kalangan masyarakat. Selain
itu, pelaksanaan PLKN dapat membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam jiwa
remaja.
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah
menyokong pelaksanaan PLKN agar bakal pemimpin negara dapat dibentuk mengikut kehendak yang
betul.
(120 patah perkataan)
|
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
2. Berikan maksud rangkai
kata kesinambungan kehidupan harmoni.
Maksud rangkai kata kesinambungan kehidupan harmoni ialah
penerusan masyarakat yang hidup aman dan damai.
3. Apakah impak positif setelah pelatih
tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)?
·
Menunjukkan perubahan
diri yang ketara.
·
Lebih menghormati keluarga.
·
Sentiasa berfikiran positif.
·
4. Sekiranya
anda tidak ditawarkan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),
apakah aktiviti-aktiviti
·
Mengikuti kursus-kursus
kemahiran jangka pendek seperti kursus komputer.
·
Bekerja secara sambilan.
·
Membantu adik-adik dalam
pelajaran.
·
Melakukan aktiviti yang sihat
seperti mengunjungi perpustakaan.