Monday, January 11, 2021

Karangan Umum: 01 Surat Kiriman Rasmi - B

B. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

 

Sebatang sungai yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal anda telah dicemari oleh sisa-sisa buangan sebuah kilang.

 

Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut.


Amar bin Bahari

No 85, Kampung Siakap,

13310 Kepala Batas,

Pulau Pinang.

__________________________________________________________________________________

 

Pengarah,

Jabatan Alam Sekitar,

13500 Butterworth,

Pulau Pinang.                                                                                                               12 MEI 2009.

 

Tuan,

 

Aduan Sungai  yang Dicemari Bahan Sisa

 

Berhubung dengan perkara di atas, dimaklumkan  bahawa  saya, Amar bin Bahari, wakil penduduk Kampung Siakap, ingin mengadu hal kepada pihak tuan tentang masalah sungai di kampung kami yang telah tercemar akibat aktiviti pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

2.       Untuk makluman tuan, masalah ini bermula kira-kira tiga bulan yang lain, berpunca daripada sebuah kilang memproses kelapa sawit yang beroperasi sejak setahun yang lalu. Hasil tinjauan penduduk, pihak pengurusan kilang didapati telah membuang  bahan sisa kelapa sawit ke dalam Sungai Siakap yang terletak kira-kira satu kilometer dad kilang tersebut. Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan air sungai tercemar dan tidak dapat digunakan lagi oleh penduduk.

 

3.       Sungai Siakap amat penting bagi penduduk Kampung Siakap kerana digunakan untuk  kegiatan ekononni penduduk seperti bertani dan menangkap ikan. Pencemaran telah menyebabkan air sungai berbau busuk dan kotor. Ikan-ikan yang   sebelum  ini menjadi sumber makanan penduduk serta sumber pendapatan nelayan, turut mati. Air sungai juga kini tidak selamat digunakan.

 

4.   Pencemaran Sungai Siakap turut menjejaskan kesihatan penduduk. Banyak penduduk, terutama kanak-kanak, mengalami kudis dan perlu dirawat. Memandangkan hospital terletak jauh dari kampung, penduduk terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi untuk mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan atau berulang alik ke hospital. Hal ini amat menyulitkan penduduk yang rata-rata bekerja sebagai petani atau nelayan dengan pendapatan yang kecil. Di samping itu, haiwan ternakan juga turut terjejas apabila banyak haiwan yang semakin kurus dan mati. Sebelum ini juga terdapat sebuah kawasan rekreasi berhampiran dengan sungai tersebut yang menjadi tempat penduduk beriadah. Bagaimanapun, sejak dua bulan yang lalu, kawasan ini telah ditutup memandangkan persekitaran sungai yang tercemar teruk serta tidak selamat. Akibatnya, kawasan yang dahulunya menjadi tumpuan penduduk kini dipenuhi semak samun.

 

5.       Pihak kami telah menulis sepucuk surat aduan kepada pihak pengurusan kilang tersebUt dua bulan yang lalu, bagaimanapun tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak kilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap  tuan dapat mengambiL tindakan yang sewajarnya pada kadar segera untuk mengatasi masalah ini memandangkan sungai nnerupakan antara khazanah alam yang perlu dipelihara demi kepentingan semua.


Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Yang benar,

    

AMAR 

(AMAR BIN BAHARI)

Wakil Penduduk,

Kampung Siakap.


No comments:

Post a Comment

Ciri-ciri pelajar cemerlang

T ema/Isu : Pelajar yang cemerlang Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada Format karangan : Ceramah   Rangka...