Monday, January 11, 2021

Karangan Umum: 02 Surat Kiriman Tidak Rasmi - A

A. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

 

Anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi perguruan selepas tamat SPM nanti.

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk memaklumkan dan meminta pandangannya.

 

                                                                                                                                                                  11, Jalan Perak,

Taman Berjaya,

11000 Air Itam,

Pulau Pinang.

10 Januari 2018.

 

Menemui sahabatku Min Tang yang kini berada di China, semoga sihat sejahtera selalunya.

 

Saudara,


            Apa khabar saudara? Saya di Malaysia sihat-sihat sahaja, diharap pihak saudara lebih-lebih lagi hendaknya. Tujuan saya melayangkan (1)warkah ini adalah untuk meminta pandangan saudara tentang hasrat saya untuk (2)melanjutkan pelajaran ke institusi perguruan selepas SPM selain mengucapkan (3)tahniah kepada saudara kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Saya berharap saudara terus berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.

 

Untuk (4)pengetahuan saudara, saya berhasrat untuk menjadi seorang guru sejak kecil lagi. Oleh itu, saya (5)mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di institusi perguruan selepas SPM untuk (6)merealisasikan impian saya menjadi seorang guru. Malahan, ramai rakan saya telah berjaya mendapat tawaran yang baik mahupun (7)biasiswa dan pinjaman melalui permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM yang bertujuan melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG).


            Sehubungan dengan ini, saya sedang berusaha dengan (8)gigih agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Hal ini demikian kerana syarat umum kemasukan ke IPG bagi lepasan SPM termasuklah kelayakan akademik secara khusus dalam (9)mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Pendidikan Moral. Usaha saya (10)mengulang kaji pelajaran dan menghadiri kelas-kelas tambahan berbayar telah menyebabkan saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lepas. Oleh itu, saya akan terus berusaha demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti demi mencapai (11)hasrat untuk melanjutkan pelajaran di institusi perguruan yang diidam-idamkan.


            Sebaliknya, saya tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 selepas SPM nanti. Sijil STPM adalah (12)setaraf dengan Diploma dan merupakan peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Walaupun melalui Tingkatan 6, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti (13)kursus perguruan adalah lebih tinggi, namun saya terpaksa (14)menempuh jangka masa dua tahun sebelum ke universiti sekiranya memilih untuk menggunakan laluan ini. Laluan ini amat membazirkan masa.


            Saudara merupakan pelajar cemerlang dan berjaya mendapat tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melanjutkan pelajaran di negara China. Oleh itu, saya ingin meminta saudara (15)berkongsi pengalaman saudara dalam bidang akademik selain memberikan pandangan saudara tentang pilihan saya tersebut misalnya sesuai atau tidak saya memilih laluan ini. Selain itu, saya berharap saudara dapat berkongsi dengan saya tentang (16)cabaran-cabaran yang dihadapi jika saya memilih institusi perguruan ini.


            Saya berharap saudara dapat membalas surat saya secepat mungkin. Saya tidak (17)sabar ingin mengetahui saranan dan (18)cadangan yang diberikan oleh saudara yang pandai dalam memilih institusi pengajian selepas tamat tingkatan lima. Semoga kita bertemu lagi di (19)lembaran yang lain. Sebelum saya menghentikan tarian pena sambutlah salam (20)manis daripada saya. Sekian, selamat tinggal.

 

                                                                                                                                                       Sahabatmu,

                                                                                                                                   WEI  

(426 perkataan)

 


No comments:

Post a Comment

Ciri-ciri pelajar cemerlang

T ema/Isu : Pelajar yang cemerlang Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada Format karangan : Ceramah   Rangka...