Sunday, December 20, 2020

Karangan Umum: 01 Surat Kiriman Rasmi - A

A. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

 

Pendatang tanpa izin di tempat kediaman anda telah banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Selaku wakil penduduk anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

 

No. 70, Lorong A13,

Taman Maju Jaya,

68100 Selangor,

Kuala Lumpur.

 

 

Ketua Balai,

Balai Polis Taman Maju Jaya,

68100 Selangor,

Kuala Lumpur.                                                                                                                                                 10 JANUARI 2018

 

Tuan,

 

Aduan Tentang Masalah Pendatang Asing di Taman Maju Jaya

 

Dengan segala (1)hormatnya, saya Lim Peng Chuan selaku (2)wakil penduduk Taman Maju Jaya ingin membuat aduan tentang masalah pendatang asing tanpa izin di Taman Maju Jaya yang banyak menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan.

 

2.         Untuk makluman pihak tuan, pendatang asing mula (3)bertapak di kawasan kami sejak tiga bulan lalu. Malahan, kehadiran mereka telah (4)mengganggu dan mengubah kehidupan kami. Sejak akhir-akhir ini, kami banyak mendengar aduan penduduk mengenai isu ragut dan pecah rumah. Kami (5)mengesyaki bahawa kejadian tersebut melibatkan pendatang asing melalui pertuturan mereka semasa kejadian pecah rumah yang dilaporkan.

 

3.        Selain itu, tingkah laku yang ditunjukkan oleh pendatang asing amat (6)membimbangkan kami. Misalnya, pendatang asing kerap mengadakan perhimpunan (7)haram di sana. Botol-botol dan tin-tin arak sering bergelimpangan di sekitar kawasan tempat tinggal. Malahan, pendatang asing di sekitar  kawasan  ini  pernah (8)bergaduh sesama mereka sendiri selepas mabuk. Keadaan ini amat membimbangkan penduduk setempat.

 

4.         Untuk makluman pihak tuan juga, kami turut mendapati ramai wanita tempatan di kawasan kami sering diganggu oleh pendatang asing.  Hal ini amat membimbangkan penduduk setempat terutamanya gadis-gadis apabila keselamatan kaum wanita di kawasan tempatan tidak lagi (9)terjamin. Malahan, pergaduhan kecil antara pendatang asing dengan penduduk tempatan turut (10)kerap berlaku kerana mereka cuba mengganggu wanita tempatan.

 

5.         Tambahan pula, buruh asing yang datang tanpa (11)kebenaran tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan seperti buruh asing yang sah. Dengan ini, kesihatan penduduk tempatan terancam dan menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Selanjutnya, pendatang asing tanpa izin juga menjadikan kawasan Taman Jaya Maju sebagai (12)sarang kegiatan sosial seperti perjudian dan mahupun pengedaran dadah. Oleh itu, fenomena ini secara tidak langsungnya telah menjejaskan (13)kesejahteraan hidup.

 

6.         Kami berharap agar pihak tuan dapat membuat (14)pemantauan dan mengambil tindakan (15)segera bagi menyelesaikan masalah-masalah tentang isu pendatang asing secara haram yang semakin berleluasa di kawasan petempatan kami. Segala tindakan yang diberikan oleh pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Yang benar,

 

LIM

(LIM PENG CHUAN)

Wakil Penduduk Taman Maju Jaya

(351 perkataan)

No comments:

Post a Comment

Ciri-ciri pelajar cemerlang

T ema/Isu : Pelajar yang cemerlang Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada Format karangan : Ceramah   Rangka...