C. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Seorang sahabat anda dari brunei menulis surat kepada anda untuk mengetahui
tempat-tempat yang menarik di negeri anda. Balas surat sahabat anda itu
selengkapnya.
Ke hadapan sahabat yang selalu
diingati,saudari Dayang Huriah Awang Hadi yang kini berada di brunei Darussalam
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.Bagi diri saya di sini alhamdulillah
sihat seperti biasa.
Sahabatku,
Terlebih
Dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian saudari bercerita
kepada saya tentang tempat-tempat yang menarik di Brunai Darusslam. Teringin
sekali hati saya untuk mengunjungi negara saudari pada suatu hari nanti. Saya
tidak keberatan untuk menceritakan keindahan di negeri saya pula. Dengan cerita
saya ini, saya harap suatu hari nanti saudari akan terbang ke mari untuk
mengunjungi Selangor Darul Ehsan.
Untuk pengetahuan Saudari Dayang
huriah,negeri saya,Selangor Darul Ehsan merupakan negeri yang paling maju di Malaysia.
Walaupun menjadi pusat tumpuan untuk perkembangan sektor perindustrian, negeri
saya masih mengekalkan keindahan alam semulajadinya. Malahan banyak tempat di
selangor yang menjadi tumpuan para pelancong asing.
Sahabatku yang diingati,
Antara tempat menarik dan perlu
dilawati di sini ialah di daerah saya sendiri iaitu di tanjung karang.Untuk
pengetahuan saudari,Tanjung Karang merupakan 'periuk nasi' bagi negeri ini dan
di sinilah terletaknya sawah-sawah padi yang begitu luas. Pemandangannya amat
indah di kiri kanan jalan raya,terutama apabila menjelang musim menuai.Padi di
sini di tuai lima kali dalam masa dua tahun.Walaupun kini semua kerja dilakukan
dengan menggunakan jentera,namun sawah padi yang menguning menjadi begitu
indah.
Selain itu kebanyakan pelancong ke
selangor sering mengujung Bukit melawati iaitu satu tempat bersejarah bukit ini
adalah tempat orang Belanda berkubu sewaktu menguasai Selangor pada abad ke-17
dahulu.Sehingga kini masih ada kesan-kesan kubu seperti meriam dan menara
kawalan.Di samping itu juga,dari bukit ini kita boleh menyaksikan pemandangan
yang indah iaitu pertemuan antara Selat Melaka dengan muara sungai Selangor.
Dayang Huraiah sahabatku
Berhampiran Bukit Melawati ini terletak
Rimba Alam. Di sinilah tempat para pencinta alam semulajadi untuk melihat
segala panorama hutan yang ditutupi segala tumbuh-tumbahan asli dan juga
binantang-binantang liar serta burung-burung.Adalah dikenal pasti bahawa di
rimba inilah burung-burung dari Jepun dan China singgah dalam Perjalanan ke
selatan iaitu ke Australia. Terdapat tempat-tempat khas yang disediakan untuk
para pelancong Menyaksikan burung-burung liar bermain dan bertelur Di samping
itu,di tempat ini juga terdapat pelbagai jenis kera dan monyet daripada yang
jinak sehinggalah yang liar.
Sahabatku,
Kebanyakan orang beraggapan bahawa kalau
seseorang itu ke selangor maka tidaklah sah lawatan mereka itu kalau tidak
mengunjungi Taman Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam dan juga masjid negeri. Kedua-dua
tempat ini merupakan pusat utama tarikan pelancong ke Selangor. Taman Bukit
cahaya merupakan sebuah taman yang dibina untuk mengekalkan alam semula jadi
yang menjadi tempat riadah para penghuni kota.Disebabkan Kedudukannya yang
tidak jauh dari Kuala Lumpur, tempat ini menjadi tumpuan apabila tiba hujung
minggu. Pemandangan yang indah dan semulajadi didapati di sini. Para Pengunjung
taman ini boleh membuat perkhemahan di sini dan saya pernah berbuat demikian
bersama teman-teman sekelas.
Dari Taman Bukit Cahaya ini kita boleh
melihat menara masjid yang biru dan gagah.Itulah menara masjid Negeri Selangor
yang dianggap masjid yang terbesar di Asia. Masjid yang berwarna biru ini
begitu besar dan boleh memuatkan lebih 15 000 orang jemaah.Kebanyakan pelancong
asing, termasuk yang bukan islam akan mengunjungi masjid ini apabila mereka
datang ke Taman Bukit Cahaya.
Saudari Dayang Huriah yang dihormati,
Nampaknya sudah agak panjang cerita
saya ini walaupun sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Selangor
ini. Nantilah Dalam Kesempatan yang lain saya akan bercerita tempat-tempat yang
lain pula. Sebelum mengundur diri,saya meminta maaf seandainya terdapat
kekasaran bahasa dalam surat ini. Semoga kita bersua kembali di lembaran yang
lain. Sekian ,terima kasih.
No comments:
Post a Comment