B. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Anda telah berpindah ke sekolah lain kerana mengikut keluarga. Anda ingin
menceritakan suasana di sekolah baru kepada rakan anda di sekolah lama. Tuliskan
surat anda itu selengkapnya.
Kehadapan yang diingati,sahabatku Saudari Agnes Tan yang kini belajar di
sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam dengan selamatnya. Saya berharap
saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat Sejahtera untuk membolehkan suadari
belajar dengan sempurna.Maklumlah peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Bagi
diri saya di sini, nampaknya sihat seperti biasa, setelah dapat menyesuaikan
diri dengan teman-teman baru.
Bagaimana dengan sahabat-sahabat yang lain? Saya
sentiasa berharap mereka semua sihat dan dapat belajar dengan
bersungguh-sungguh. Sejak Agnes dan sahabat lain saya tinggalkan dua minggu
lalu untuk ke Petaling Jaya, rindu saya begitu mendalam kepada kalian.Mujurlah
ada gambar kelas yang kita ambil pada hari terakhir itu, dapatlah saya
menghilangkan rindu.
Pada mulanya agak kekok juga saya di sekolah
baru ini.Untuk pengetahuan Saudari Agnes, Sekolah Seri Aman ini Khusus untuk
Perempuan.Sekolah ini Terletak di Pertaling Jaya, lebih kurang lapan kilometer
dari Kuala Lumpur. Berbanding dengan Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, Pelajar
amat ramai di sini.Kalau di sana hanya ada dua kelas untuk tingkatan lima, di
sini ada sepuluh kelas.Maknanya jumlah pelajar tingkatan lima sahaja ada lebih
kurang empat ratus.
Sahabatku Agnes,
Kalau Agnes nak tahu, dispilin begitu ketat di
sini. Dari segi pakaian, masa datang dan balik sekolah,hinggalah kepada tingkah
laku di dalam kelas,semuanya telah ditetapkan. Apabila saya mendaftar masuk ke
sekolah ini sahaja, saya di berikan senarai peraturan yang mesti dipatuhi.Kalau
seseorang pelajar itu didapati melanggar disiplin sekolah (seperti tidak
memakai lencana atau tanda nama) dia akan dikenakan denda sebanyak 50sen.Kalau
ia melakukan kesalahan lebih tiga kali,akan dipanggil untuk berjumpa pengetua. Pendek
kata, kami di sini tidaklah sebebas seperti sewaktu belajar di sekolah dahulu. Tetapi
saya rasa ada baiknya disiplin ketat macam ini, tidaklah timbul banyak masalah.
Selaian itu saudari, kegiatan ko-kurikulum
juga dikawal dengan ketat di sini. Setiap pelajar diberi kad persatuan dan ia
mesti menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya satu persatuan.Kad itu harus di
bawa apabila mengikut aktiviti perstuan dan guru persatuan akan menanda-tangani
kad tersebut. Jika kad pelajar tidak menpunyai tandatangan guru persatuan,sudah
pasti dia akan dikenakan tindakan disiplin oleh pengetua. Mujurlah saya
sememangnya seorang yang aktif,jadi tidaklah menghadapi masalah di sini.
Agnes yang di hormati,
Sebagai sebuah sekolah yang terletak di
kawasan bandar, sudah tentu sekolah baru saya ini mempunyai kemudahan yang
lebih lengkap daripada sekolah dahulu.Di sini kami sediakan perpustakaan yang
besar dan buku-buku yang sentiasa kemaskini, di samping komputer yang banyak
jumlahnya untuk kemudahan para pelajar.Untuk bersukan pula, kami sediakan
gimnasium.Kemudahan lain seperti bilik study, belajar bahasa asing selain
inggeris dan sebagainya yang tidak ada di sekolah Tunku Abdul Rahman Putra,
disediakan di sini.Sebab itulah agaknya pretasi agak tinggi dalam peperiksaan
di sekolah ini.
Walaupun begitu Saudari Agnes, tidaklah sekolah ini mempuna banyak
kelebihan berbanding sekolah kita dahulu. Ada juga kekurangnya. Disebabkan
jumlah pelajarnya yang terlalu ramai, hubungan peribadi mereka tidaklah mesra
dengan guru-guru.Guru nampaknya hanya mengajar sahaja dan kita tidak mempunyai
hubungan yang mesra.Ini sudah tentu berbeza dengan di sabak bernam. Guru-guru
di sana mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar dan kita pun tidak segan
untuk mengemukakan masalah kepada mereka.
Selaian itu sahabatku,
harga makanan amatlah mahal di kantin sekolah ini jika dibandingkan dengan di
sekolah kita dahulu.Kalau di sabak bernam dulu ayah saya memberikan saya RM1
sehari sebagai belanja tetepi di sini jumlah itu sudah pasti tidak cukup. Untuk
makan nasi lemak sahaja, di sini harganya RM1, sedangkan di sana cuma 50sen. Ayah
saya terpaksa menambahkan wang belanja saya di sini sebnayak 50 peratus.
Sahabatku yang diingati,
Nampaknya sudaj agak panjang coretan saya ini,nanti tergangu pula jadual
belajar saudari. Biarlah saya berhenti dahulu, nanti kalau ada kesempatan yang
lain saya akan bercerita lebuh lanjut lagi. Sehingga bertemu kembali, sambutlah
salam persahabatan daripada saya saudari dan teman-teman lain.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment