A. Tulis
karangan yang panjangnya lebih daripada 350 hingga 500patah perkataan bagi
setiap soalan di bawah ini.
Domain Peribadi
Berdasarkan petikan di atas, sememangnya seseorang ketua kelas akan memikul
tanggungjawab yang besar di dalam sesebuah kelas. Andaikan anda baru dilantik
menjadi ketua kelas sekolah.
Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda untuk berkongsi dengannya tugas
dan peranan ketua kelas di sesebuah sekolah.
|
berkelakuan |
melayangkan |
disiapkan |
kegembiraan |
meletihkan |
|
maaf |
usaha |
bertanggungjawab |
harmonis |
mengambil |
|
impian |
melanggar |
melatih |
buku latihan |
selaku |
|
melaporkan |
masalah |
berkemahiran |
menghentikan |
dianggap |
11,
Jalan Perak,
Taman
Berjaya,
11000 Air Itam,
Pulau Pinang.
10
Januari 2018.
Menemui
sahabatku Min Tang yang kini berada di China, semoga sihat sejahtera selalunya.
Saudara,
Apa khabar saudara? Saya di
Malaysia sihat-sihat sahaja, diharap pihak saudara lebih-lebih lagi hendaknya.
Tujuan saya 1melayangkan
warkah ini adalah untuk berkongsi 2kegembiraan saya dengan saudara tentang tugas dan
peranan saya selepas dilantik sebagai ketua kelas. Saya telah menerima surat
saudara satu minggu lalu, saya memohon 3maaf kerana lambat membalas surat
saudara kerana kesibukan saya dengan program Kem Kepimpinan Ketua Tingkatan
yang dijalankan di sekolah pada belakangan ini. Terlebih dahulu, saya juga
ingin merakamkan tahniah kepada saudara kerana berjaya dilantik sebagai ketua
pengawas di sekolah awak.
Saya ingin berkongsi dengan saudara
tentang tugas dan peranan saya sebagai seorang ketua tingkatan. Sebagai seorang
ketua tingkatan, saya adalah 4bertanggungjawab untuk membantu guru tingkatan 5mengambil
kedatangan para murid setiap hari. Walaupun saya diwajibkan mengawal disiplin
dalam kelas, namun bukan semua murid mempunyai masalah disiplin dan 6melanggar
peraturan-peraturan sekolah. Malahan, sering terdapat sebahagian kecil pelajar
yang asyik kerap ponteng sekolah, bergaduh, vandalisme, dan membuli
pelajar-pelajar lain. Dalam keadaan sebegini, saya akan terpaksa mengambil
tindakan disiplin terhadap sesiapa yang telah berlaku salah untuk memastikan
keselamatan setiap pelajar terjamin.
Selain itu, saya juga perlu membantu
guru mengutip 7buku
latihan murid-murid dan membuat catatan murid yang tidak hantar
setiap hari. Tugas ini amat meletihkan kerana saya juga perlu 8melaporkan
kepada guru tingkatan saya sebab-sebab pelajar tidak dapat menghantar tugas
kerja mereka. Sebagai seorang ketua tingkatan, saya juga perlu membantu guru
semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Misalnya, saya membantu
guru membersihkan papan hitam semasa guru sedang mengajar. Saya juga perlu
membantu pelajar-pelajar yang kurang faham tentang apa yang diajar oleh guru
dan menyemak kerja sekolah mereka jika diperlukan. Hal ini telah menjadikan
saya lebih 9berkemahiran
dalam berkomunikasi dengan rakan-rakan saya.
Tambahan pula, saya turut diminta
untuk menunjukkan teladan yang baik kepada murid sekolah. Hal ini demikian
kerana saya selaku ketua tingkatan adalah sentiasa 10dianggap sebagai "role
model" dalam sekolah. Dengan ini, saya perlu selalu 11berkelakuan
baik seperti datang awal ke sekolah selain memastikan semua kerja sekolah 12disiapkan
dalam masa yang ditetapkan. Selanjutnya, saya juga berusaha agar mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Saya juga sentiasa membantu guru dan mendengar
nasihat yang diberikan di sekolah. Walaupun hal-hal sebegini amat 13meletihkan,
saya berasa bangga kerana mampu menunjukkan teladan yang baik kepada
pelajar-pelajar lain.
Untuk pengetahuan saudara, peranan
seseorang ketua tingkatan juga melibatkan 14usaha mewujudkan suasana
pembelajaran yang aman dan 15harmonis dan memastikan keadaan
disiplin dalam kelas akan terkawal. Seseungguhnya, hasrat untuk menjadi seorang
ketua tingkatan merupakan 16impian
saya sejak kecil lagi. Saya amat berharap 17selaku ketua tingkatan saya dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif supaya
sekolah dapat melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
Saya berharap saudara dapat menjadi
seorang ketua pengawas yang bertanggungjawab selain 18melatih diri menjadi pemimpin
pada masa akan datang dan mampu menyelesaikan sebarang 19masalah
dengan bijaksana. Semoga kita bertemu lagi di lembaran yang lain. Sebelum saya 20menghentikan
tarian pena, sambutlah salam manis daripada saya. Sekian, selamat tinggal.
Sahabatmu,
WEI
(426 perkataan)

No comments:
Post a Comment