B.
Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap
soalan di bawah ini.
Baru-baru ini rakan anda telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM. anda menulis surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah selain
ingin mengetahui rahsia kejayaannya.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
Rangka Karangan
R1
Pendahuluan:
Menulis
kepala surat (alamat pengirim dan tarikh), kata hadapan surat, dan penggilan
hormat
R2 Isi
1: Isi 1 + huraian isi
Bertanya
khabar – mengucapkan tahniah kerana cemerlang dalam SPM – bangga –
mengharumkan
nama keluarga dan sekolah-kejayaan menjadi pendorong
R3 Isi
2: Isi 2 + huraian isi
Sejak
sahabat berpindah, tiada teman untuk mengulang kaji pelajaran – menceritakan
kenangan
ketika bersama-sama
R4 Isi
3: Isi 3 + huraian isi
Akan
menduduki peperiksaan SPM – ingin mengetahui rahsia kejayaan – sudi berkongsi
pengalaman
R5 Isi
4: Isi 4 + huraian isi
Sahabat
rajin dan berdisiplin – menjamin sahabat mencapai cita-cita menjadi doktor
R6
Penutup:
Mengakhiri
surat – berharap agar sahabat membalas surat dengan segera – menunggu
surat
balasan
Ucapan sekian dan terima kasih, pengakuan pengirim, tandatangan dan nama
125, Taman Sejati,
Bandar Hilir,
17500 Melaka.
2 Januari 2009.
Ke hadapan teman yang dirindui,
Aizat, semoga berada dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Saudara,
Apa khabar saudara di Pulau Pinang? Saya di sini sihat-sihat sahaja.
Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada
saudara kerana telah meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM
yang lalu. Saya berasa sungguh bangga
apabila nama saudara terpampang di dada akhbar sebagai seorang daripada pelajar-pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM. Saya percaya
bahawa saudara tentu berasa bangga
kerana dapat mengharumkan nama keluarga dan
sekolah. Kejayaan saudara itu
sesungguhnya menjadi pendorong
bagi saya untuk mencapai kejayaan yang sama.
Sejak saudara berpindah ke Melaka
pada tahun lepas, saya tidak mempunyai
sahabat di kawasan sekitar rumah
saya yang dapat saya jadikan teman mengulang kaji pelajaran. Masih saya ingat lagi akan
saat-saat kita belajar bersama-sama dahulu. Kita sering mengunjungi perpustakaan mini di tempat kita
selain membuat kerja sekotah bersama-sama
di rumah saudara. Saudara tidak jemu-jemu menegur dan menunjuk ajar saya selain selalu menasihati saya. Saya
rasa seperti saya tidak akan bertemu lagi dengan sahabat yang lain yang sebaik
saudara.
Memandangkan saya akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini saya ingin mengetahui
petua dan rahsia kejayaan saudara. Saya amat berbesar hati sekiranya saudara sudi
berkongsi pengalaman dengan saya tentang
cara-cara saudara mengulang kaji pelajaran untuk saya jadikan panduan.
Saya sememangnya tahu bahawa saudara
seorang pelajar yang rajin dan berdisiplin. Saya percaya bahawa sikap inilah
yang akan menjamin saudara mencapai cita-cita menjadi seorang doktor pakar.
Sampai di sini sahaja kandungan surat
saya buat kali ini. Harapan saya agar saudara dapat membalas surat saya ini dengan seberapa segera. Saya
menunggu surat balasan daripada saudara dengan harapan yang menggunung tinggi. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
(AIMAN NAIM)
No comments:
Post a Comment