Monday, January 11, 2021

Karangan Umum: 01 Surat Kiriman Rasmi - C

 

C. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.

 

Kawasan riadah di kawasan tempat tinggal anda telah disalahgunakan oleh segelintir remaja sebagai tempat melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

 

Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk memaklumkan keadaan ini agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

 

25, Taman Setia Budi,

13500 Bagan Ajam,

Butterworth.

___________________________________________________________________________________

 

Pengarah,

Majlis Perbandaran Seberang Perai,

13600 Bandar Perda,

Butterworth.                                                                                                                           10  JUN 2009.

 

Tuan,

 

Aduan Masalah Penyalahgunaan Taman Riadah

 

Saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Penduduk Taman Setia  Budi, Butterworth ingin membuat  aduan  tentang penyalahgunaan taman riadah di kawasan  kediaman kami untuk aktiviti yang tidak bermoral.

 

2.  Untuk makluman tuan, taman riadah yang turut menempatkan taman permainan kanak-kanak di kawasan ini teLah dijadikan tempat melepak oleh segelintir remaja bermotosikal yang kami percaya terdiri daripada kumpulan Mat Rempit. Remaja dalam kumpulan sepuluh hingga dua puluh orang ini bukan sahaja melakukan perbuatan yang sumbang malahan ada dalam kalangan remaja ini yang menagih dadah. Daripada hasiL tinjauan, kami mendapati bahawa mereka bukan terdiri daripada penduduk Taman Setia Budi.

 

3.   Untuk pengetahuan tuan, banyak kemudahan di taman ini yang rosak, contohnya alat permainan di taman permainan kanak-kanak seperti buaian, papan gelongsor, dan jongkang-jongket. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kanak-kanak di kawasan ini tidak mempunyai tempat yang selesa untuk bermain, malahan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Seorang kanak-kanak pernah cedera akibat terjatuh ketika bermain buaian yang telah rosak. SeLain merosakkan kelengkapan, remaja yang tidak bermoral ini juga sering membuat bising pada waktu malam dan mengganggu ketenteraman enduduk.

 

4.   Oleh  hal  yang demikian, kami amat berharap agar pihak tuan dapat menjalankan pemantauan di sini. Kami juga meminta keprihatinan pihak tuan untuk membaiki segala kerosakan peralatan dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini selain mencadangkan lebih banyak lampu-lampu dipasang di kawasan ini. Kami juga berharap agar pihak berkuasa dapat bertindak menahan remaja-remaja yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, seterusnya memastikan ketenteraman penduduk setempat.

 

5.   Semoga aduan ini mendapat perhatian segera daripada tuan. Kerjasama yang diberikan amat kami hargai.

 

 

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 ROSLI 

(ROSLI BAHARUM)

Setiausaha Rukun Tetangga,

Taman Setia Budi,

Butterworth.

No comments:

Post a Comment

Ciri-ciri pelajar cemerlang

T ema/Isu : Pelajar yang cemerlang Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada Format karangan : Ceramah   Rangka...